Wednesday, November 18, 2009

MAJLIS MALAM JASAMU DIKENANG






Alhamdulillah, Pejabat Penerangan Daerah Melaka Tengah dengan kerjasama Komuniti Bestari DUN Bukit Baru Kampung Bukit Pulau telah pun dengan jayanya melaksanakan satu program yang dinamakan Majlis Malam Jasamu Dikenang.

Majlis ini telah diadakan pada 15 November 2009 (Hari Ahad) yang lepas, pada jam 9.00 malam bertempat di Balairaya Kampung Bukit Pulau. Ia diadakan dengan tujuan memberi penghargaan kepada Ahli-Ahli Jawatankuasa Komuniti Bestari DUN Bukit Baru Kampung Bukit Pulau di samping meraikan warga emas dalam Ahli Jawatankuasa Komuniti Bestari.

Dianggarkan kehadiran pada malam itu adalah seramai lebih kurang 50 orang yang mana dihadiri oleh semua Ahli Jawatankuasa KB, Ahli-Ahli Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung Bukit Pulau/Paya Ikan, Gerakan Belia 4B Cawangan Bukit Pulau termasuk juga UMNO.

Antara tetamu yang hadiri pada malam itu ialah En. Latiff Mohamad, Pengerusi JKKK Bukit Pulau/Paya Ikan, Sidang Hj. Mohd. Yunos bin Minin, Pengerusi KB dan dirasmikan oleh En. Rosli bin Husin dari Pejabat Penerangan Daerah Melaka Tengah mewakili Pegawai Penerangan Daerah Melaka Tengah iaitu En. Ahmad bin Dhabal.





Pengisian pada malam berkenaan dimulakan dengan sesi ucapan dan kemudiannya penyampaian cenderahati dan sumbangan kepada Warga Emas Komuniti Bestari dan anak kepada bekas setiausaha KB iaitu Allahyarham Jamal bin Hashim.

Program seumpama ini secara tidak langsung dapat mengeratkan hubungan sesama Ahli-Ahli Jawatankuasa Komuniti Bestari dan sekaligus menghargai peranan mereka dalam menjalankan tugas selaku NGO kepada Jabatan Penerangan Melaka.